Pengarah sens4si, Syamsul Yusof meluahkan rasa kecew4 apabila tidak dapat bertemu dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pagi tadi.
Memetik Harian Metro, Syamsul bagaimanapun menghormati proses tersebut meskipun ianya dibuat secara berasingan sehingga menyuk4rkannya untuk mencari jalan pendamaian.
Menurut Syamsul lagi, dia berharap Puteri Sarah menerima polig4mi serta mahu berbincang mengenai giliran bermalam bersama isteri-isterinya.
“Saya mahu Sarah menerima polig4mi ini. Saya ingin berbincang dalam seminggu berapa hari kami boleh berjumpa. Kalau dia tidak mahu, saya tetap ingin berbincang.
“Saya sangka dapat bersemuka dengan dia tadi tapi proses JKP bukan sebegitu. Jadi saya agak kecew4 namun hanya ikut proses m4hkamah dan mampu buat yang terbaik,”katanya.
Kata Syamsul lagi, berpis4h bukan satu keputusan yang mudah kerana banyak faktor lain yang perlu difikirkan seperti hak penjagaan anak dan nafkah.
“Orang selalu cakap kenapa saya enggan mencer4ikan Sarah. Pertama sekali, kami adalah pasangan suami isteri dan lebih tahu urusan rumah tangga dan hal dalam kain.
“Percer4ian bukan hal yang mudah untuk dilakukan. Hakikatnya ramai orang yang mengalami masal4h besar selepas bercer4i seperti tuntutan hak penjagaan anak, nafkah dan macam-macam lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul memberitahu dia akan mempertimbangkan permintaan isterinya itu untuk dilepaskan jika Puteri Sarah bersemuka dengannya.
Sumber : harian metro