“Dah sampai sana, jangan lupa tarik kami ke syurga..” -Ibu m4ngsa nah4s

Semalam, tular sebuah nah4s kem4langan yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun dikenali Nurul Jannatun Assyifa m4ut digil1s treler di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang.

Difahamkan, m4ngsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motorsikal yang diboncengnya bersama jiran dil4nggar treler sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Dalam kejadian itu, turut terlibat sama adalah  pengasuh yang juga jiran iaitu seorang wanita berusia 54 tahun termasuk adik lelakinya, Alif Zahfran Muhammad Jamathir mengalami kec3deraan ringan di bahagian kepala.

Redha dengan ketentuan …

Bapa kepada m4ngsa, Muhammad Jamathir Ahmad Nordin, 32, berkata, dia terus bergegas dari tempat kerja di Pulau Indah ke lokasi kejadian sebaik sahaja isterinya memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Pun begitu, Muhammad Jamathir reda dan pasrah dengan ketentuan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

“Saya sempat bersalaman dengan anak-anak sebelum pergi kerja jam 6.30 pagi. Saya tidak boleh berbuat apa, sudah ditakdirkan begitu. Saya reda,”katanya.

Jenaz4h selamat dikebumikan…

Dalam pada itu, meninjau di laman Facebook ibu m4ngsa, Rubyatul Adawiyah menyatakan mereka sudah selesai menguruskan upacara pengebumian anak kedua daripada tiga beradik itu selepas solat Isyak.

Rubyatul Adawiyah juga berterima kasih kepada orang ramai mendoakan anaknya selain memberitahu dirinya tidak sanggup untuk membuka pesanan dan mesej diterimanya.

Bawa kami ke syurga…

Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata meluahkan rasa sayang terhadap zuriat yang ditatang bagai minyak yang penuh, selain berharap agar Nurul Jannatun ‘menarik’ mereka ke syurga bersama.

“Awak dah sampai sana, jangan lupa ibu, abah, kakak dengan alip (Alif) tau.
“Tarik kami bawa ke syurga ya. Ibu sayang anak-anak ibu. Ibu sayang awak,”tulisnya.

Lepas ni kita kena doakan kakak selalu..

Hantaran berikutnya, beliau turut berkongsi perkembangan anak ketiga, Alif yang terlibat sama dalam kem4langan tersebut yang kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan raw4tan lanjut.

“Awak strong boy la Alipp.. Lepas ni kita kena doakan kakak selalu tau,”titipnya berserta emoji hati.

Sumber: Facebook Rubyatul Adawiyah , Bernama 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Wanita Meng4du Terima Tegvran Lelaki Gat4l Ketika Di Bazar Tapi Netizen Pula Sal4hkan Tudung Singk4t

Bulan puasa ni kita bukan hanya perlu menah4n lapar dan dahaga tapi ada banyak perkara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *