Pelakon Chacha Maembong mendedahkan dia pernah berdepan detik mencem4skan apabila dikejar peminat fanatik ketika menyertai acara jualan karnival di Kedah beberapa bulan lalu.
Memetik Harian Metro, Chacha menyifatkan ins1den tersebut hampir sama dengan apa dilalui pelakon Kamal Adli yang diser4ng baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, Chacha berkata lelaki tersebut terlalu fanatik sehingga sanggup datang ke gerai jualannya serta memanggilnya sebagai isteri.
“Saya kena tervk cuma tak beritahu sesiapa sebelum ini. Bukan setakat diekori, malah saya kena macam-macam lagi. Dia tanya pasal keluarga. Saya rasa tak selamat sampai dia tahu kita duduk mana. Saya masuk kereta dan dia ikut dengan keretanya.
“Ada satu tahap sampai dia panggil saya sebagai isteri. Saya sedang masak di gerai, dia tiba-tiba datang dan kata, oh my wife, cantiknya, you pandai masak dan macam-macam lagi,” katanya.
Chacha berkata dia sudah pun membuat lap0ran p0lis namun perkara itu masih belum selesai. Apa yang mengejutkan lelaki itu sudah pun berkahwin serta mengatakan isterinya membenarkannya berkahwin dengan peklakon itu.
“Masa buat lap0ran p9lis, dia DM di Instagram. Rupanya selama ini dia dah lama sangat DM saya. Dia dah berkahwin tapi katanya dapat lampu hijau daripada isteri untuk kahwin dengan saya.
“Dia kacau semua keluarga saya. Dia tak t4kut dengan lap0ran p0lis. Bila ada lagi acara di Kedah, dia datang lagi dan tunggu betul-betul di belakang gerai sampaikan saya jadi t4kut.
“Saya terduduk di gerai dan badan menggeletar serta pengsan. Memang terkejvt kerana dia tak t4kut pun dengan lap0ran p0lis. Bayangkan sanggup datang lagi dan ber4ni sampai masuk dalam khemah,” katanya.
Dalam pada itu, Chacha berkata dia tidak menyalahkan pihak penganjur di atas ins1den yang berlaku pada dirinya.
Sumber : Harian metro