Artis versatil, Alif Satar akhirnya bertemu dengan gadis bertudung yang dikatakan memiliki wajah seirasnya selepas remaja tersebut tular di media sosial baru-baru ini.
@baz0ongi ALEP SATAR BAI #fyp #spm2022 ♬ Lelaki Seperti Aku – Alif Satar
Menerusi satu hantaran video di laman Instagram, penyanyi berusia 33 tahun itu merakam momen ketika bertemu gadis berkenaan dipercayai di sebuah restoran.
Alif Satar versi perempuan!
View this post on Instagram
“Hai korang. Tengok siapa bersama saya. Dia kelihatan lebih Alif Satar daripada diri saya,” katanya yang dilihat ramah melayani gadis terbabit.
Rakaman pendek berdurasi 10 saat itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang teruja apabila melihat kedua-duanya berdiri bersebelahan membuatkan mereka kelihatan seperti pasangan ‘kembar’ berlainan jantina.
Malah, ada juga individu berseloroh mengatakan gadis itu boleh menggantikan Alif sekiranya penyanyi tersebut gagal memenuhi jadual sebagai anak seni.
Kalau Alif tak datang event, boleh panggil dia ganti
Ni yang kami tunggu!
Macam abang & adik pun ada
Bentuk gigi pun sama
Terdahulu, akaun TikTok @baz0ongi memuat naik video memaparkan gadis berkenaan melakukan ‘lip sync’ kononnya menyanyikan lagu Alif yang berjudul Lelaki Seperti Aku sambil berlakon bersama rakan-rakannya.
@baz0ongi atream lelaki seperti alep gais official mv #fyp #spm2022 ♬ Lelaki Seperti Aku – Alif Satar
Sumber: Instagram Aliff Satar, TikTok @baz0ongi
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.