Zainal Abidin ‘Syok’ Rakam Fyna Jebat Tengah Menyanyi Undang Kecam4n Netizen

Sebelum ini, kecoh apabila bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin dikhabar sudah pun berkahwin lagi satu bersama penyanyi muda iaitu Fyna Jebat tanpa pengetahuan isteri pertama, Datin Zalini hingga berlaku satu pertelingkahan di sebuah restoran.

Bagaimanapun, isu terbabit difahamkan sudah pun berakhir selepas Datin Zalini dan madu mengambil keputusan untuk selesaikan ia secara baik dengan menarik balik laporan polis.

Terbaharu, pihak hlive ada memuat naik satu video di laman Instagramnya memaparkan Zainal Abidin sedang merakam isteri kedua, Fyna membuat persembahan di sebuah majlis.

Boleh dikatakan pasangan tersebut jarang sekali dilihat bersama di hadapan kamera ataupun di mana-mana platform media sosial, jadi video yang dimuat naik itu sememangnya menarik perhatian ramai.

Meninjau di ruangan komen, netizen kebanyakannya lebih meninggalkan reaksi negatif berbanding positif, lagi-lagi setelah melihat Fyna terkinja-kinja di hadapan khalayak ramai dan suaminya ‘syok’ merakam tanpa rasa segan silu.

Bukan saja kurang senang melihat video tersebut, malah ramai juga yang menegur nyanyian Fyna Jebat sangat sumbang.

Sekadar info, perg4duhan di antaran Fyna Jebat dan isteri pertama berlaku setelah Datin Zalini terasa dengan sindiran penyanyi tersebut di dalam sebuah program TV, Famili Duo.

Kredit: Instagram hlive

About admin

Check Also

“Perempuan Ni M4ki Mak Aku Sebab Bu4ng Gambar Jesvs” – Adik Afiq Muiz

Sejak semalam hang4t diperkatakan mengenai kemelvt rumah tangga pelakon Afiq Muiz dan isterinya, Pachara Apin apabila kedua-duanya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *