“Saya Akan Bantu Dia..” – Hafiz Mahamad ‘Offer’ Nak Hilangkan Parvt Wajah Shuhada

Sebelum ini, bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada ditawarkan menjadi model untuk jenama fesyen muslimah, Bella Ammara.

Tidak berhenti di situ, rezeki Shuhada atau lebih mesra disapa Shu seolah-olah melimpah ruah selepas menghadapi pelbagai ujian berumah tangga.

Malah, baru-baru ini, pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad turut memanggil ibu kepada dua orang anak itu untuk hadir ke kliniknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Menerusi hantaran di Insta Story, Hafiz menawarkan rawatan untuk menghilangkan parut jahitan pada wajah Shuhada secara percuma.

Saya datangkan Shu ke sini untuk Dr tengokkan parut wajah dia. Saya tak ada ikat apa-apa berkenaan kerja atau agreement.

Bukan itu sahaja, suami kepada Syafiqah Aina itu turut memaklumkan dia akan memberi bantuan secara bulanan kepada Shuhada dan anak-anak.

Saya akan bagi bantuan bulanan pada dia dan anak-anak. Semoga ada kami dalam doanya. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik nanti.

Terdahulu, usahawan terkenal, Dato Aliff Syukri turut menawarkan Shuhada untuk menjadi duta koleksi hijab terbaharunya yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Sumber : Instagram

About admin

Check Also

41 m4ngsa pelabur Lavida Coin tuntut RM59 juta daripada Vida sebab gagal tunai janji!

Hari ini, seramai 41 pelabur mata wang kripto yang dimiliki oleh usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Lavida …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *