Aktres hebat Tanah Air, Maya Karin nampaknya kembali menemui cinta apabila menyatakan sedang mengenali hati budi seorang jejaka Perancis berusia awal 40an.
Sudah setahun jalin hubungan
Memetik laporan dari Harian Metro, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke mengatakan yang mereka sudah berkawan sejak setahun yang lalu dan setakat ini hubungan mereka berjalan dengan lancar.
“Dia juga sanggup datang untuk menemani pada majlis pelancaran minyak wangi saya ini. Buat masa ini, kami masih dalam proses mengenali hati budi lagi,” ujarnya.
View this post on Instagram
Belum ada perancangan hendak mendirikan rumah tangga
Walau bagaimanapun, pelakon filem Puntianak Harum Sundal Malam itu yang ditemui ketika majlis majlis pelancaran minyak wangi By Maya Karin yang berlangsung di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur memaklumkan yang belum ada sebarang perancang untuk berumah tangga lagi.
Masih jauh lagi untuk hubungan kami menuju ke fasa perkahwinan kerana saya lebih suka ‘go with the flow’. Kalau ada jodoh kami, adalah,” katanya.
View this post on Instagram
Tak letak harapan tinggi
Tambah pelakon berusia 43 tahun itu, dia enggan meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap hubungan yang baru saja dijalani kerana sudah belajar dari pengalaman-pengalaman sebelum ini.
“Saya pernah menjalinkan hubungan cinta dan hati saya sangat berbunga-bunga ketika itu tapi akhirnya ia putus di tengah jalan.
“Saya s4kit hati dan terluka ketika itu. Justeru, bila usia semakin matang, saya tidak mahu bercinta seperti remaja kerana mahu menjaga hati sendiri terlebih dulu,” katanya.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Maya Karin pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang warga Britain iaitu Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali pada 24 Julai 2008 di Bellagio, Itali namun bercerai dua tahun selepas itu.
Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal)
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.