Bakal disatukan selepas raya, Mimi Lana kongsi persiapan nikah sudah 50 peratus

Pasangan selebriti, Mimi Lana dan Syafiq Kyle yang sudah mengikat tali pertunangan dijangka bakal melangsungkan pernikahan selepas Aidilfitri nanti.

Persiapan dah 50%

Memetik laporan yang dikongsi Media Hiburan, Mimi Lana memaklumkan yang persiapan majlis pernikahan mereka sudah hampir 50 peratus.

Sudah bersedia pikul tanggungjawab sebagai isteri

Ditanya sama ada sudah bersedia ataupun tidak untuk bergelar isteri, dia akui sudah menyiapkan diri untuk memikul tanggungjawab itu beberapa bulan lagi.

“Seperti apa yang Syafiq kongsikan kepada media sebelum ini, begitulah. Tiada ada yang boleh saya ulas lanjut mengenainya.
“Saya risau juga kalau asyik berkongsi, peminat pun naik bosan sebab hal yang sama. Tapi itulah hakikatnya, insyaAllah dalam tahun ini juga (berkahwin),” katanya.
“Saya dan Syafiq sudah berkawan lama. Doakan saya. Sejujurnya memang ada sedikit rasa berdebar sebab bakal melangkah ke suatu fasa yang lebih serius dalam hidup.
“Tapi tidaklah rasa gemuruh yang keterlaluan, mungkin momen itu belum sampai lagi. Untuk waktu ini, saya banyak berdoa supaya kami berdua dapat laluinya dengan baik, tiada masalah. Itu sahaja yang saya harapkan,” ujarnya.

Persiapan juga berjalan lancar

Bercerita berkenaan dengan persiapan perkahwinan mereka, pemilik nama sebenar Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin ini mengatakan yang dia bertuah kerana Syafiq merupakan insan yang tidak cerewet dan ia memudahkan mereka untuk berbincang.

“Persiapan setakat ini berjalan lancar. Kalau nak bercakap mengenai perkahwinan, rasanya ia sama seperti pasangan lainnya juga.
“Cuma syukur kerana sudah lama mengenali jadi proses tersebut menjadi lebih mudah. Semuanya mengikut apa yang telah dirancangkan, masing-masing juga sudah tahu peranan.
“Malah ahli keluarga kami sangat menyokong. Alhamdulillah setakat ini, lebih 50 peratus persiapan sudah dilakukan, sudah separuh jalan,” katanya.

Pada awal Januari lalu, pasangan selebriti ini memberi bayangan seakan sudah bertunang apabila berkongsi gambar cincin yang tersarung dijari manis.

Mereka akhirnya mendedahkan bakal bergelar suami isteri pada tahun ini dan persiapan sudahpun dimulakan.

Sumber: Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kongsi foto tanpa ayah, anak Zainal Abidin luah sokongan terhadap ibu

Baru-baru ini, kecoh di media sosial dua orang isteri bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan dikatakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *