Tindakan pelakon Aedy Ashraf memuat naik sebuah video memaparkan aksinya melakukan sukan tinju dalam sebuah acara boxing mencvri tumpuan pengguna laman Twitter, sejak malam tadi.
Difahamkan, pelakon berusia 30 tahun itu berlawan dengan rakan artis Hafidz Roshdi yang sedang menjadi bualan hangat warganet berhubung isu membabitkan konflik rumah tangganya.
Mana yang geram tu tengok puas2. pic.twitter.com/nqlcxhxgMu
— Aedy Ashraf (@aedyxashraf) February 23, 2023
Menerusi rakaman berdurasi 19 saat itu, Aedy dilihat berkali-kali menumbuk pada bahagian muka Hafidz sehingga lawannya terduduk di tepi gelanggang sambil dikawal oleh seorang pengadil.
“Mana yang geram tu tengok puas-puas,” tulis Aedy atau nama sebenarnya, Mohamad Addy Ashraf bin Rosmadi dalam ciapan tersebut.
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, rata-rata mengaitkan video berkenaan dengan situasi dilalui Hafidz ketika ini apatah lagi kecoh mengenai berita dia menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu.
Terima kasih memahami perasaan netizen
Dah macam drama baru
Sesuai dengan mood netizen
Artis pun memahami perasaan kami…
Kami mahu lagi!
Terdahulu, media melaporkan Hafidz sah bercerai dengan isterinya menerusi panggilan telefon pada Rabu sebelum menjadi kecoh di media sosial semalam.
Ia selepas timbul dakwaan bahawa pelakon drama Jesnita itu berlaku cur4ng terhadap Nurul Shuhada disebabkan kehadiran orang ketiga bernama Athira Yuhada.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.
Sumber: Twitter & Instagram Aedy Ashraf
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.