Sejak kebelakangan ini, tular mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh influencer, Nor Sufia Johari atau lebih dikenali Cik Pia apabila suaminya dikatakan enggan hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendaftarkan anak mereka, Arumi.
Sikap berubah lepas popular di TikTok
Disebabkan sikap keengganan suaminya, Kay Azlee atau popular dengan gelaran Boss Kay, Cik Pia sendiri hadir ke JPN seorang diri untuk memilih 99 nama Allah untuk dibinkan.
Jelas Cik Pia, suaminya dikatakan mula berubah sejak mula dikenali di aplikasi TikTok selain kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
“Ketika itu dia sudah ada hubungan dengan seorang artis dan langsung tidak pulang ke rumah.
“Kami bernikah sejak 2017, ketika anak pertama tiada isu timbul, dia berubah selepas mula popular di TikTok,”ujarnya.
@norsufiajohari pedih bagai dihiris hati ini..bapak masih live masih ade masa kesana kesini dgn “makwe” tp utk dtg ke JPN daftarkan ank xde masa..#fyp #trending #tiktokmalaysia #tiktok #viral #fypage #fypシ゚viral #fypシ #tiktokviral #tiktoker ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama
@norsufiajohari dahulukan hak anak..meeting live berjam2 semua boleh buat..pergi event sana sini semua boleh .tp knp UTK adakan masa daftar anak terlalu BYK alasan???#tiktokviral #viral #fypシ #fyp #fypage #fypシ゚viral #tiktoker #tiktok #fypp #trending ♬ suara asli – liriKisah ?
Boss Kay hadir JPN, jelas masalah dah selesai
Terbaharu, Boss Kay dalam perkongsian di laman TikTok memberitahu dia sudah pun hadir ke JPN Pahang bagi memberi kerjasama dan urusan pendaftaran anak kedua mereka juga selesai.
“Alhamdulillah, proses pendaftaran Arumi sudah selesai. Saya dah bagi kerjasama pada JPN,”ujarnya.
@kayazlee @jpnhqofficial memang terbaik #SahabatBossKay ♬ original sound – Boss Kay
Cuma….
Dalam hantaran yang sama, Boss Kay sempat menitipkan pesanan buat semua yang dilihat seakan berbaur ‘sindiran sinis’ mengenai tingkah laku isterinya merakam video di kaunter kerajaan.
“Cuma satu pesanan saya kepada tuan-tuan dan puan-puan, jangan sesekali buat keputusan di saat overthinking. Nombor dua, jangan rakam apa-apa konten dalam kaunter kerajaan. Tuan-tuan dan puan-puan boleh dikenakan hukuman ya, hati-hati,”pesannya.
Marketing saja…
Selain itu, turut tular sebuah video yang dirakam oleh seorang warganet sewaktu Boss Kay sedang membuat sesi siaran langsung dan bertanya mengenai isu MyKid anak. Katanya ia cumalah ‘marketing’ semata-mata.
@fyp_cuk12 Replying to @izzahj84 #cikpia #viral #tiktomalaysia #fypシ ♬ original sound – insparta99
Terdahulu, portal melaporkan isu yang dihadapi oleh Cik pia turut mendapat perhatian daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan turut hadir bersama seorang peguam dengan mengambil segala keterangan untuk membuat lap0ran p0lis mengenai perbuatan suaminya.
Sumber: TikTok @fyp_cuk12, @kayazlee, @norsufiajohari
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.