“Semoga Allah gantikan dengan nikmat yang tak disangka buatku & anak2 “-Shuhada

Seakan tidak percaya, hari ini kecoh di media sosial apabila pelakon Hafidz Roshdi didakwa telah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Menurut laporan Harian Metro, aktor yang berusia 28 tahun itu telah menceraikan isterinya itu dengan talak satu dengan bersaksikan ahli keluarga.

Khabar berita tersebut sudah semestinya mengejutkan ramai pihak malah, difahamkan Nurul Shuhada bakal memfailkan cer4i pada 1 Mac yang juga merupakan tarikh ulang tahunnya yang ke 29 tahun.

Namun begitu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuhada di IG storynya, dia telah berkongsi sebuah kata-kata yang seakan-akan memberi bayangan terhadap situasi yang dialaminya pada ketika ini telah mengundang perhatian ramai.

“Insya-Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat yang tidak disangka-sangka buatku dan anak-anak..aamiin Ya Mujib,” ujarnya.

Terdahulu, rumah tangga Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada telah diganggu oleh pihak ketiga yang bernama Athirah Yuhada malah, wanita tersebut mengakui perkara tersebut dan meminta maaf kepada isteri pelakon itu.

Sekadar info, Hafidz telah membina mahligai bersama isterinya pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, kini berusia tiga tahun.

Sumber: Instagram @shushukriii

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *