PU Syed tegur artis & bekas tunang – “Allah tutup aib, manusia sendiri buka aib mereka”

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PUSyed menegur tindakan seorang artis dipercayai wanita dan bekas tunangnya yang tiada segan silu membuka aib masing-masing di media sosial.

PU Syed atau nama sebenar Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, Allah SWT telah menutup aib hambaNya supaya tidak dilihat oleh orang lain tetapi mereka sendiri memilih untuk mendedahkan sisi tersebut kepada umum.

“Nasihat saya kepada artis dan bekas tunangnya yang VIP tu, cukup-cukuplah saling mendedahkan keaiban masing-masing sampai segala perkara aib kalian dikongsi kepada umum.
“Allah menutup aib seseorang hambaNya sehinggalah manusia itu sendiri membuka aib mereka,” tulis pendakwah berusia 41 tahun itu.

PU Syed berkongsi teguran tersebut menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini.

Sementara itu, dia berkata cukuplah warganet melihat kisah percintaan pasangan terbabit sebelum ini sehingga mendedahkan keburukan selepas hubungan kedua-duanya terlerai di tengah jalan.

“Cukuplah netizen dihidang dengan gaya har4m pergaulan bebas kalian semasa seronok bercinta dulu.. kini janganlah netizen dihidangkan pula dengan rahsia yang tak sudah-sudah didedah saban hari,” katanya.

Pada masa sama, PU Syed menasihati artis wanita dan bekas tunangnya itu meneruskan kehidupan seperti biasa dan bertaubat kepada Allah SWT.

“Teruskanlah hidup kalian, dan bertaubatlah kepada Allah Azzawajjal,” ujarnya.

Sejak dua minggu lalu, pasangan berkenaan dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial sehingga membabitkan isu ‘tidur bersebelahan’ sekali gus dianggap tiada sifat malu dalam diri.

Sumber: Instagram PU Syed

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

About admin

Check Also

Syamsul Kecew4 Tak Dapat Jumpa Puteri Sarah, Mahu Bincang Giliran Bermalam

Pengarah sens4si, Syamsul Yusof meluahkan rasa kecew4 apabila tidak dapat bertemu dengan isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *