Baru reda kemelut rumah tangganya, pelakon Hafidz Roshdi didakwa sudah mencer4ikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Memetik Harian Metro, sumber memberitahu Hafidz menceraikan isterinya dengan talak satu bersaksikan keluarga.
Difahamkan, isterinya bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada tarikh kelahiran Shuhada.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.
Kemudian, wanita bernama Athiya Yuhada memohon maaf kepada Shuhada kerana mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka serta mendedahkan Hafidz mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.
Susulan kenyataan Athira itu, Shuhada tampil membalas dia boleh memaafkan namun tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.
sumber : Harian metro