Buat ‘paid review’ prodvk kurvs, netizen dakwa Hafidz Roshdi dah bagi ‘hint’ cer4i

Sebentar tadi, kita dikejutkan dengan berita penceraian pelakon Hafidz Roshdi yang dikatakan sudah menjatuhkan talak satu terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri bersaksikan keluarga.

Posting ‘paid review’ cer4i dari lemak Hafidz Roshdi

Susulan daripada itu, netizen telah ‘berpusu-pusu’ meninggalkan komen di posting terbaru Hafidz dengan mengatakan bahawa mereka hadir daripada Facebook.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah posting ‘paid review’ Hafidz berkaitan produk pelangsingan tubuh yang menjadi dambaaan kebanyakan wanita di luar sana terhadap penjagaan fizikal.

Menerusi hantaran tersebut, ‘copywriting’ di tulis di ruangan kapsyen tersebut menyatakan dia sudah lama menanggung beban dan akhirnya ‘bercer4i’ juga daripada lemak.

Kapsyen mengundang betul!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati apabila Hafidz sanggup mengambil ‘paid review’ yang menggunakan ayat sensitif lebih-lebih lagi melibatkan ‘cerai’.

Mereka berpendapat, perkataam yang digunakan oleh aktor berusia 28 tahun itu agak keterlaluan memandangkan ketika itu sedang ‘hangat’ isunya berlaku cur4ng di belakang isteri.

Kira ‘hint’ cer4ikan isteri lah kan?

Tidak kurang juga ada yang mengatakan posting berkenaan seakan memberi bayangan bahawa Hafidz tekad menceraikan isterinya setelah bertahun hidup bersama.

Betul ke dah cer4ikan isteri?

Selain itu, ada juga meninggalkan soalan kepada Hafidz sama ada dia sudah menceraikan isterinya selepas mendapat tahu daripada media.

Terdahulu, portal melaporkan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu menceraikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan ahli keluarga.

Bukan itu sahaja, Nurul Shuhada dikatakan bakal memfailkan percer4ian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada hari kelahiran ibu kepada dua orang cahaya mata.

Sekadar info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Sumber: Instagram @hafidz.roshdi

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Syamsul Kecew4 Tak Dapat Jumpa Puteri Sarah, Mahu Bincang Giliran Bermalam

Pengarah sens4si, Syamsul Yusof meluahkan rasa kecew4 apabila tidak dapat bertemu dengan isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *