Akhirnya! pegvam arah Cik Pia buat lap0ran p0lis terhadap suami Isu MyKid anak

Umum sedia maklum mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh influencer, Nor Sufia Johari atau lebih dikenali sebagai Cik Pia dimana suaminya enggan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendaftarkan anaknya, Arumi.

Malah, Cik Pia sebelum ini terpaksa hadir ke JPN seorang diri tanpa suaminya untuk memilih 99 nama Allah untuk dibinkan telah mengundang sebak ramai.

Terbaharu, isu yang dihadapi oleh Cik pia rupanya mendapat perhatian daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan turut hadir bersama seorang peguam dengan mengambil segala keterangan untuk membuat laporan polis mengenai perbuatan suaminya.

@norsufiajohari Tq Dato’ @rosnizahari00 bg pandangan SBG seorg peguam..tq kak Jan Dr @ppim.official mengambil berat isu saya..saya memperjuangkan hak wanita kepada wanita..bukan memperlekehkan wanita lain.#tiktokviral #viral #fypシ #fyp #fypage #fypシ゚viral #tiktoker #tiktok #fypp #trending ♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

Susulan itu, Cik Pia meluahkan rasa lega apabila nasib yang dialaminya pada ketika ini bakal mendapat keadilan yang sewajarnya sebagai seorang isteri dan ibu yang dianiaya oleh suami sendiri.

“Terima kasih Dato’ Rosniza beri pandangan sebagai seorang peguam. Terima kasih kak Jan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengambil berat isu saya. Saya memperjuangkan hak wanita kepada wanita, bukan memperlekehkan wanita lain,” katanya di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, Cik Pia turut meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir wanita yang memperlekehkan masalah yang dihadapinya walhal dia hanya mahu kerjasama daripada seorang suami untuk mendaftarkan nama anak.

“Diam bukan bererti kalah, orang perlekehkan saya dalam live, fitnah saya ibu yang anx1ety, ibu gil4. Saya bukan bod0h, saya bukan tuli. 
“Saya tak kacau orang lain. Saya cuma nak suami saya bertanggungjawab daftar anak sahaja. Kenapa perlu pertahankan suami yang mengabaikan isteri-isteri dan anak-anak sebab perempuan lain.
“Dimana hati korang sebagai seorang wanita melihat wanita lain diz4limi?” ujarnya di dalam video.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norsufia Johari (@norsufiajohari)

Terdahulu, Cik Pia mendedahkan dia tidak dapat mendaftar nama anak yang baru dilahirkan kerana suaminya enggan memberi kerjasama untuk hadir ke JPN.

Akan tetapi, suaminya mempunyai ruang dan masa untuk melakukan siaran secara langsung di media sosial namun, tidak dapat hadir ke JPN untuk mendaftarkan nama anak mereka.

SUMBER: TIKTOK @NORSUFIAJOHARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Suami Cik Pia jelaskan dah selesai Isu Mykid anak, – “Ini semua marketing”

Sejak kebelakangan ini, tular mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh influencer, Nor Sufia Johari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *