Isteri Fad Bocey beng4ng bibik lari tinggalkan anak-anak di rumah… “Saya tegur fasal basuh pinggan”

ISTERI kepada pelawak Fad Bocey iaitu Syaheera meluahkan rasa berang apabila pembantu rumah melarikan diri dan meninggalkan anak-anak di rumah mereka sekitar pukul 2.30 petang, Rabu.

Menurut Syaheera atau Nur Syahirah A. Rahman, pembantu rumahnya itu bertindak sedemikian dipercayai berpunca tegurannya mengenai kerja di dapur.

“Isunya pagi tadi saya tegur fasal basuh pinggan. Memang jenis yang tak boleh ditegur. Sanggup tinggalkan anak. Memang melamp4u!

“Muka dia baik, kalau bercakap penuh drama air mata. Dia buat kerja tu (melarikan diri) ketika saya keluar uruskan kerja lain,” katanya.

Syaheera berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya.

Dia juga memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan pembantu wanita tersebut melarikan diri melalui pintu belakang rumah mereka.

Wanita berkenaan sempat menukar pakaian sebelum nekad untuk melarikan diri.

Dalam pada itu, Syaheera berkata pihak polis sedang melakukan rondaan bagi mengesan wanita berkenaan.

Dia juga memohon jasa baik orang ramai menghubunginya jika terlihat wanita berkenaan yang dipercayai masih berada di sekitar Setia Alam, Shah Alam.

“Kalau ada yang ternampak, tolong pegang kejap dan maklumkan kepada saya. Pihak polis juga sedang melakukan rondaan.

“Kalau saya jumpa memang akan serah kepada pihak polis untuk ambil tindakan. Tindakannya biadab,” luahnya.

Sumber : Mstar

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *