Bakal berusia 40 tahun, Zara Zya sedia bergelar isteri tahun ini

Pelakon terkenal, Zara Zya mengaku kini sedang berada dalam fasa bahagia bersama seseorang yang juga berstatus bujang sepertinya. Bagaimanapun, aktres 38 tahun  enggan berkongsi lebih lanjut sebelum tiba masanya yang sesuai.

“Adalah, InsyaAllah, tapi kalau ada tarikhnya, kita akan beritahu. InsyaAllah.
“Orang dalam industri atau bukan? Tiada komen. Ini bahaya dan pastinya dia bukan milik orang,”ujar Zara Zya.

Dah sedia galas tanggungjawab seorang isteri…

Memetik Astro Gempak, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin tidak menafikan dirinya bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini berikutan usia kini sudah menginjak 40 tahun.

“Saya sekarang dah nak menginjak usia 40 tahun dan perkahwinan ini kita sendiri perlu tanya diri sama ada sudah bersedia atau tidak?
“InsyaAllah, saya sudah bersedia untuk bergelar isteri tahun ini. Doak-doakanlah,”katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Hubungan dengan Shuib cuma ‘marketing’

Dalam pada itu, Zara menjelaskan hubungannya dengan Shuib adalah berdasarkan ‘marketing’ untuk perniagaan mereka sahaja, selain mendoakan yang terbaik buat pelawak tersebut bersama pilihan hatinya, Watie Hanifiah.

“Saya rasa semua tahu hubungan saya dengan Shuib cuma ‘marketing’ produk minuman pada waktu itu. Tapi, masih ada juga yang mendoakan kami bersama.
“Apa-apa pun, saya tetap mendoakan Shuib. Sudah tentu, saya sebagai kawan mendoakan yang terbaik buat dia,”ujar Zara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Alha pula BFF

Disoal mengenai hubungan cinta dengan usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa, Zara turut menafikan kisah percintaan mereka seperti diperkatakan ramai sejak foto ‘pertunangan’ tersebar di media sosial.

“Kami memang BFF (Best Friend Forever). Memang tiada apa-apa ikatan istimewa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa)

“Tetaplah berteka-teki. Tetaplah bersabar. Insya-Allah. Pasti ada (jodoh). Ada masa nanti, saya akan kongsikan,”katanya lagi.

Sumber: Astro Gempak (Syafiqah Jalal), Kosmo! Online (Mohd. Haikal Isa)

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *