Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja ada berita mengatakan yang pelakon wanita, Zara Zya telah disunting seseorang.
Memetik laporan dari Boom! tular satu gambar menunjukkan seorang wanita menyarung cincin ke jarinya.
View this post on Instagram
Betul ke disunting seseorang?
Menurut sumber lagi, majlis serba sederhana itu dibuat di kediaman pelakon tersebut dan melihat dari gambar yang dikongsi sepertinya upacara merisik dilangsungkan.
Walau bagaimanapun, individu yang menghantar cincin tidak dapat dipastikan gerangannya.
Untuk rekod, Zara Zya pernah melangsungkan pertunangan dengan aktor Hafreez Adam sekitar tahun 2019. Namun tak lama kemudian, mereka mengesahkan sudah memutuskan hubungan dan perancangan untuk berkahwin dibatalkan.
Pelakon drama Monalisa itu juga beberapa kali dikaitkan dengan selebriti lelaki namun dia menyatakan hanyalah berkawan biasa sahaja.
View this post on Instagram
Jika betul apa yang dikongsikan, semoga urusan Zara Zya dipermudah dan tahniah diatas fasa baru dalam kehidupan.
Benda baik tak perlu sorok-sorok.
Sumber: Boom!
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.