Seronok bercuti di Eropah, anak Kak KM dipuji cantik seperti bidadari

Bagi yang mengikuti laman sosial usahawan jamu kontroversi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, pasti mengetahui dia sekeluarga kini sedang bercuti di kota London bersama ahli keluarga.

Difahamkan mereka turut menggembara ke beberapa tempat pelancongan lain termasuk Amsterdam dan Perancis.

@sweetdara.selangor.nafie Yay kita dah sampai London ? #KakKMBukanBiasa2 #KakKMTakTumpangPopularitiOrangLain #fyp ♬ original sound – sweetdara.selangor.nafie

Cantik seperti bidadari syurga..

Namun, apa yang mendapat perhatian ramai adalah penampilan anak perempuan sulung Kak KM iaitu Nabila Razman yang sakan menggayakan fesyen tersendiri.

Bahkan, Kak KM yang juga anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri turut memuji kecantikan anaknya seperti bidadari dari syurga.

“Inilah yang kita namakan bidadari dari syurga. Tengok anak mama, hensem (anak lelaki). Tengok anak mama, ‘wah, cantiknya’ (Nabila),”ujarnya.

@shimasweetdara #anakmama #kakkmbukanbiasa2 #kakkmtaktumpangpopularitiorglain #lianarosli?? ♬ original sound – sweetdaraklang.nafie

Hensem, cantik…

Meninjau di ruangan komen, warganet turut memuji kecantikan dan ketampanan rupa paras yang dimiliki oleh kedua-dua anak Kak KM. Mereka juga mengatakan anak lelaki Kak KM iaitu Fariz, 16, nampak baik dan sopan orangnya.

Macam ni ke bidadari dari syurga?

Walau bagaimanapun, kebanyakan netizen tidak bersependapat dengan penggunaan istilah ‘bidadari dari syurga’ yang dilontarkan oleh Kak KM sebaik sahaja melihat penampilan Nabila seperti tidak cukup kain.

Terdahulu, penampilan anak Kak KM, Nabila mengundang kecaman netizen kerana menggayakan gaun putih sehingga menampakkan lurah. Bagaimanapun, Kka KM mengatakan pakaian tersebut tidak keterlaluan seperti disangka orang ramai.

Sumber: TikTok @sweetdara.selangor.nafie@shimasweetdara

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

41 m4ngsa pelabur Lavida Coin tuntut RM59 juta daripada Vida sebab gagal tunai janji!

Hari ini, seramai 41 pelabur mata wang kripto yang dimiliki oleh usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Lavida …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *