Umum mengetahui, pelakon Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Khazrul Elzey sudah pun terlerai selepas beberapa minggu mengikat tali pertunangan sebelum ini.
Bagaimanapun, kemelut antara Anju dengan bekas tunangnya itu masih tidak berkesudahan apabila masing-masing saling mengeluarkan kenyataan dan saling berbalah.
Terbaru, Anju mendedahkan luahan seorang individu yang mendakwa dirinya salah seorang m4ngsa bekas tunangnya itu.
Dakwa individu itu, Khazrul suka menabur duit kepada wanita walaupun tidak diminta, malah turut dipaksa untuk menerima.
Malah, individu itu mendakwa Khazrul akan berubah sikap apabila wanita yang mempunyai hubungan dengannya tidak seperti yang dimahukan..
Menerusi mesej yang dihantar kepada Anju itu, individu tersebut turut bersyukur lelaki itu menunjukkan sikap ‘sebenar’ sebelum berkahwin dengan aktres berkenaan.
Contoh lelaki yang patut dijauhi
Sumber : Xtra