Ryzal bawa Maryam naik helikopter siap bagi kejutan, “Dia dapat ciri2 lelaki kdrama dekat Malaysia”

asangan media sosial, Ryzal Ibrahim dan Maryam bukanlah asing lagi bagi ramai. Mereka juga mempunyai peminat yang tidak jemu melihat gelagat lucu pasangan berkenaan apatah lagi kini mereka semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata pertama yang diberi nama, Baby Rina.

Terbaharu, Maryam dihujani dengan doa dan komen tentang ulang tahun kelahirannya. Berkongsikan dua keping foto di Instagram, Maryam dilihat menulis kapsyen ringkas dengan wajahnya tersenyum, “Happy birthday to me.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Uyou Nick (@maryamyunrrr)

Namun begitu di TikTok pula, gelagat Maryam yang diberikan kejutan istimewa oleh suaminya mencetuskan pasangan ini hangat dibualkan ramai. Apatah lagi, Maryam diraikan dengan begitu bahagia oleh Ryzal dengan dibawa menaiki helikopter.

Menerusi rakaman video seminit ini memaparkan Maryam menaiki helikopter bersama Ryzal malah tidak hanya itu, Maryam juga menerima hadiah daripada suaminya.

@ryzalibrhm

Happy 41st Birthday Sayang

♬ Anugerah Terindah – Alif Satar & The Locos

“Happy 41st birthday sayang,” tulis Ryzal ringkas menerusi ruangan kapsyen yang sempat mengusik usia isterinya itu namun nampaknya ramai terharu dengan penghargaan pempengaruh terkenal ini terhadap Maryam sehingga pasangan ini juga dalam pada masa sama dihujani komen positif ramai.

‘Dia dapat ciri-ciri lelaki kdrama dekat Malaysia’

‘Bertuah Maryam dapat Ryzal. Bertuah jugak Ryzal sebab dapat Maryam’

‘Bertuah Maryam ditemukan denhan lelaki yang menghargainya’

‘Cantiknya dia, tapi umur Maryan macam salah je’

Sumber : Instagram maryam

About admin

Check Also

Kecantikan Marissa Dania dipvji net1zen, “Cantik macam mama Abby”

Anak perempuan kedua kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang diberi nama Marissa Dania menar1k …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *