Isu g4duh tarik rambut selesai! Fyna Jebat dan madu pilih jalan berdamai

Umum sedia maklum mengenai kemelut yang berlaku di antara adik kepada penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat bersama dengan madunya, Datin Zalina Zaini akhirnya menjumpai jalan penyelesaian dimana mereka telah memilih untuk berdamai.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim memaklumkan isteri pertama bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan telah menarik semula laporan yang dilakukannya pada dua minggu yang lalu.

“Mereka sudah tarik report (laporan). Wife (isteri) telah tarik report dua minggu lalu. Jadi kita telah rujuk kertas siasatan (kepada pihak pendakwaan).
“Kalau ikut tempoh hari, kita kena bagi bon tetapi mereka telah tarik report dan masing-masing selesai secara baik. Jadi, kes selesai dengan diklasifikasikan sebagai NFA,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Zalina Zaini didakwa  berang disind1r oleh madunya dalam satu program rancangan realiti televisyen sehingga mencetuskan perg4duhan di antara mereka di sebuah restoran terletak di Shah Alam.

Bukan itu sahaja, isteri pertama turut mem4rahi madunya dan mendakwa wanita berkenaan telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya.

Sumber: Kosmo (Mohd Yunus Yakkub)

PERHATIAN: Pihak kami  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Farid Kamil kongsi kata-kata – “Jang4n pernah menyes4l dipertemukan dengan..”

Tind4kan aktor dan pengarah, Farid Kamil menyiarkan semula satu kata-kata hikmah daripada @jentikhati menerusi InstaStory menarik perh4tian …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *