Intan Najuwa bertunang lagi? Lelaki berusia berstatus Datuk jadi pilihan hati

Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila pelakon jelita, Intan Najuwa dikatakan sudah melangsungkan pernikahan bersama seorang lelaki berstatus datuk di kediaman keluarganya di Johor Bahru.

Menurut laporan mStar, difahamkan pelakon yang berusia 26 tahun itu bakal menamatkan zaman bujangnya dengan mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan juga mengikuti Intan Najuwa mengerjakan umrah baru-baru ini bersama dengan keluarganya pada Januari lalu.

“Tidak lama lagi mereka bakal mendirikan rumah tangga. Tunang barunya ada pangkat Datuk. Majlis bertunang baru ni diadakan secara tertutup,” kata sumber.

Sekadar info, Intan Najuwa atau nama sebenarnya Najuwa Abdul Wahid pernah mengikat tali pertunangan bersama ahli perniagaan bernama Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019.

Pun begitu, hubungan mereka tidak kekal panjang apabila masing-masing telah memutuskan ikatan cinta itu disebabkan tiada persefahaman.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *