“Suka peluh eh? Sini rasa peluh suami..” – Babak lakonan Aliff-Sophia buat penonton ‘geli’

Drama rantaian sensasi, Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonan Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah sekali lagi mengundang perhatian netizen menerusi tayangan episod 10 di saluran TV3, semalam.

Menerusi akaun Instagram @tv3malaysia, sedutan episod tersebut dimuat naik yang memaparkan babak watak Luth Mikail (Aliff) dan Raisya Hannah (Sophia) sedang melakukan riadah di sebuah taman rekreasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Babak berkenaan memperlihatkan Hannah mengaku dia gemar berpeluh bagi mengekalkan stamina sihat sebelum Luth  membuat gurauan meminta isterinya itu ‘merasa’ peluhnya.

Walau bagaimanapun, segelintir warganet meluahkan rasa kurang senang mengenai babak dan dialog diucapkan yang dilihat seolah-olah ‘geli’ untuk ditonton.

Apa ni? Skrip ‘merapu’

Namun, berbeza dengan penerimaan netizen di aplikasi TikTok yang sentiasa teruja menantikan babak-babak seterusnya bagi mengetahui apa akan terjadi kepada Luth dan Hannah.

‘Upload’ bahagian seterusnya!

Sebelum ini, drama arahan Osman Ali itu terpalit kontroversi di luar set penggambaran apabila Sophia didakwa cuba mengganggu keharmonian rumah tangga Aliff dan isterinya, Bella Astillah.

Isu menjadi semakin panas selepas Bella memuat naik tangkap layar menerusi laman Instagram memaparkan perbualannya bersama individu dipercayai Sophia di aplikasi WhatsApp.

Sumber: Instagram @tv3malaysia, TikTok @tehahfandy95

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *