“Saya tak suka pergi konsert, dengar muzik har4m”-Suami Fatin Afeefa

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau mesra disapa Opai sering menjadi perhatian ramai sejak mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.

Meskipun banyak kecaman yang diterima, namun lelaki tersebut tetap santai melayan warganet di setiap sesi live menerusi aplikasi TikTok.

Opai pergi konsert ST12 tak?

Seperti biasa, sesi ‘live’ Opai sentiasa menjadi perhatian dan dirakam dijadikan sebagai konten oleh warganet untuk dimuat naik di platform masing-masing.

Terbaharu, apa yang menarik perhatian ramai adalah kenyataan yang dilontarkan oleh Opai yang juga seorang trader apabila ditanya oleh warganet sama ada dia akan hadir ke konsert band popular Indonesia, ST12 atau tidak.

“Tengok konsert ST12 tak bulan 3 nanti?”tanya netizen.

Tak suka, dengar muzik har4m…

Jawab Opai, dia tidak suka menghadirkan diri ke konsert yang melalaikan dengan menyifatkan mendengar muzik adalah haram kecuali alunan zikir.

“Saya tak suka pergi konsert, dengar muzik ini h4m. Saya pasang zikir saja, muzik itu har4m,”ujarnya.

@babes_faa ?? #suamiistribahagia #suamifatinafeefa #fatinafeffa #artismalaysia #artismalaysia #suamifatinafeefa ♬ original sound – vii_dio

Forex har4m tak?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menyelar jawapan yang diberikan oleh Opai apabila mereka membandingkan kerjayanya sebagai seorang ‘Forex trader’ yang jelas hukumnya adalah ‘har4m’.

 

Bukan hari tu tengok konsert AR Rahman ke?

Tidak kurang juga ada yang menyoal kembali memandangkan Opai dan Fatin Afeefa menghadiri konsert penyanyi dan komposer popular dari India, AR Rahman tempoh hari.

Sumber: TikTok @babes_faa

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kecantikan Marissa Dania dipvji net1zen, “Cantik macam mama Abby”

Anak perempuan kedua kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang diberi nama Marissa Dania menar1k …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *