Mahu Bayar RM60,000 Secara Ansuran, Peguam Belum Terima Apa-Apa Daripada Ali Puteh

Umum mengetahui, sebelum ini pelawak Ali Puteh memaklumkan akan menjelaskan bayaran RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah seperti yang ditetapkan mahkamah itu secara ansuran.

Menurut Ali lagi, proses pembayaran itu masih dalam perbincangan membabitkan peguamnya dan peguam Hidayah.

Memetik Harian Metro, peguam yang mewakili Ali iaitu Noorazmir Zakaria berkata dia masih belum menerima arahan daripada pihak Ali dan keluarganya berhubung surat pembayaran secara ansuran.

Ujarnya, dia tidak dapat mengulas mengenai surat pembayaran secara ansuran seperti didakwa anak guamnya itu kerana belum mendapat sebarang arahan daripada mereka.

“Buat masa ini, saya masih belum menerima apa-apa arahan mengenai perkara itu dari pihak Ali dan keluarganya,” katanya.

Difahamkan, Noorazmir mengulas mengenai perkara itu mengenai kenyataan Hidayah yang tidak bersetuju untuk Ali membuat pembayaran ganti rugi secara ansuran.

Malah, Hidayah mendakwa dia tidak menerima surat berkaitan permohonan bayaran secara ansuran daripada pihak Ali dan peguamnya.

Sementara itu, Noorazmir berkata memandangkan pihak Hidayah tidak bersetuju jika Ali mahu membuat bayaran seperti yang dinyatakan, maka isu bayaran ansuran tidak lagi timbul.

“Kalau Ali bersetuju untuk bayar secara ansuran pun tapi pihak Hidayah dah cakap tidak setuju. Jadi isu bayaran ansuran bukan lagi isu. Mungkin Hidayah boleh mendapatkan nasihat daripada peguamnya berkenaan perkara ini,” katanya.

Sumber : Harian metro

About admin

Check Also

Farid Kamil kongsi kata-kata – “Jang4n pernah menyes4l dipertemukan dengan..”

Tind4kan aktor dan pengarah, Farid Kamil menyiarkan semula satu kata-kata hikmah daripada @jentikhati menerusi InstaStory menarik perh4tian …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *