Usia cecah 50 tahun, Syafinaz Selamat tampil berhijab raih pujian ramai

Penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat mencuri tumpuan ramai selepas tampil sopan menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya petang tadi.

Menerusi video tersebut, penyanyi berusia 50 tahun itu dilihat mempromosikan sebuah karnival sempena peristiwa Israk Mikraj yang akan diadakan berdekatan Masjid Negeri, Seremban pada 17 dan 18 Februari ini.

Apa yang menarik perhatian adalah penyanyi lagu Persis Salju itu mengenakan hijab dengan solekan ringkas sehingga menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya.

Rata-rata memuji kecantikan Syafinaz yang kelihatan lebih ayu dan manis apabila memakai hijab selain mendoakannya supaya kekal dengan imej seperti itu satu hari nanti.

Persis bidadari

Moga istiqamah

Kekal awet muda!

Cantiknya.. manis tengok

Terdahulu, Syafinaz atau mesra disapa Tok Naz pernah beberapa kali mencuri tumpuan apabila menjadi guru vokal kepada qari dan qariah untuk memantapkan lagi teknik taranum dan melagukan ayat-ayat suci al-Quran di sebuah akademi di Negeri Sembilan.

Sumber: Instagram Syafinaz Selamat

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *