Shuib muncul dalam program ‘live’ baru, netizen suruh buang nama Sepahtu?

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja Shuib Sepahtu mengumumkan dirinya terlibat dalam program baru terbitan Astro iaitu Ubi Superstar Live yang bersiaran pada setiap  Khamis bermula 23 Februari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Netizen teringat video live Jep di TikTok

Pengumum tersebut telah menjadi pertikaian netizen susulan baru-baru ini, ahli kumpulan Sepahtu, Jep telah membuat live di aplikasi TikTok dengan menjawab beberapa soalan berkenaan penglibatan Shuib dalam kumpulan lawak tersebut.

Ujarnya, dia sudah pun memujuk dan memperbincangkan hal ini namun dia faham dengan komitmen masing-masing dan enggan memaksa kerana semuanya sudah ada kerjaya sendiri.

Boleh join radio & program lain, tapi bukan dengan Sepahtu

Menjengah ke ruangan komen posting yang dibuat Shuib, ramai yang berasa kurang senang apabila dia terlibat dalam program yang bukan bersama Sepahtu.

Para peminat kumpulan tersebut kebanyakkannya meluahkan rasa kecewa dan ada diantara mereka meminta agar Shuib tidak lagi menggunakan nama ‘Sepahtu’.

Buang jela nama Sepahtu tu, fans kecewa

Kesian Jep, siap pujuk rayu

Janganlah kutvk2, rezeki masing2

Untuk rekod, Shuib telah mengumumkan mahu berehat dari Sepahtu Reunion live pada 2020. Namun, dia ada membuat ‘comeback’ dalam satu episod program tersebut beberapa bulan selepas pemergian Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

Walau bagaimanapun, dia nekad untuk tidak lagi bersama program tersebut apabila mengatakan yang pihak produksi sudah tahu alasannya dan dia enggan memanjangkan isu tersebut.

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Syamsul Kecew4 Tak Dapat Jumpa Puteri Sarah, Mahu Bincang Giliran Bermalam

Pengarah sens4si, Syamsul Yusof meluahkan rasa kecew4 apabila tidak dapat bertemu dengan isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *