Jaga air muka suami, Diana Danielle tak kongsi hal ‘dalam kain’ di media sosial

Pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi sebarang perkara perihal membabitkan rumah tangganya di media sosial.

Menurut laporan Utusan Online, Diana berkata, itu adalah cara bagi menghormati dan menjaga air muka suaminya yang juga seorang aktor serta pengarah, Farid Kamil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

“Saya hormat suami, jadi saya tidak akan ‘pecahkan’ apa-apa di media sosial. Semakin lama, semakin saya hormat dia. Bukan dulu tak hormat suami, mungkin ketika itu muda dan kurang matang.
“Sekarang, saya segan nak kongsi cerita hal ‘dalam kain’ di media sosial. Kematangan ajar kita untuk tengok situasi dan cari jalan keluar,” kata pelakon berusia 32 tahun itu.

Bercerita lanjut, pelakon filem Imaginur itu mengakui persefahaman dan toleransi antara hubungan suami isteri penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia serta keluarga harmoni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

“Sesuatu hubungan itu perlukan masa untuk menjadi matang. Ketika awal perkahwinan, saya akui, susah percaya suami.
“Tetapi, semakin lama, Farid membuktikan kesetiaannya. Itu membuatkan saya sekarang lebih relaks dan tenang,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu berkahwin dengan Farid pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 7.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Sumber: Utusan Online (Mohammad Al Faizal Abdul Karim), Instagram Diana Danielle

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Syamsul Kecew4 Tak Dapat Jumpa Puteri Sarah, Mahu Bincang Giliran Bermalam

Pengarah sens4si, Syamsul Yusof meluahkan rasa kecew4 apabila tidak dapat bertemu dengan isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *