Comel seperti budak sekolah, wajah Siti Nurhaliza tanpa solekan puk4u netizen

Sejak kebelakangan ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kerap meluangkan masa bersama peminat menerusi sesi siaran langsung di media sosial miliknya.

Berikutan itu, ramai warganet terutama peminat Sitizoners turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan artis kesayangan mereka.

Siti Nurhaliza bersiaran langsung tanpa calitan solekan

Bagaimanapun, penampilan wajah pelatun lagu Biarlah Rahsia itu menjadi perhatian ramai apabila tampil tanpa calitan solekan sewaktu sesi siaran langsung, baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna @m.s.zone, penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang itu menjawab persoalan daripada warganet apabila mereka seakan tidak percaya melihat seorang wanita menyerupai selebriti kegemaran mereka.

“Ini memang betul Mak Iti (Siti Nurhaliza) ke? Agak-agak? Ini Mak Iti tanpa mekap lah.
“Muka akak macam Siti Nurhaliza lah, hmm.. muka Siti Nurhaliza macam akak lah,”jawabnya ketika ditanya netizen.

@m.s.zone #sitiaafiyah #fyp #foryourpage ♬ original sound – ?? ????

Nampak macam budak-budak kalau tak mekap

Bukan setakat warganet yang mengikuti sesi siaran langsung, malah ramai juga seakan tidak percaya melihat wajah Siti Nurhaliza sebenar tanpa sebarang calitan solekan pada wajahnya.

Mereka mengatakan wajah Siti atau mesra disapa Tokti atau Mak Iti seperti budak-budak masih berada di bangku persekolahan walaupun usianya kini sudah 45 tahun.

Tak mekap pun comel..

Sumber: TikTok @m.s.zone

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *