Nama suami kepada pelakon, Fatin Afeefa, Aliff Awang atau biasa membahasakan diri sebagai Opai kerap kali menjadi perhatian sejak mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.
Dia yang merupakan pakar dalam bidang perdagangan saham turut dikatakan sebagai seorang jutawan setelah kerap berkongsi kejayaan serta kekayaan di media sosial.
I HAVE AN ADDICTION ? Saya ni ketagih. Gian. Obsessed dengan shopping. Kadang rasa macam “shopaholic” . Tiap bulan janji takmau shopping. Tapi bila sampai mall je hampeh. Dari konon nak “beli satu je” , “habiskan seribu je harini” bertukar kepada “eh dah beli sepuluh” atau “dah habis beribu ni” Ubat atau penawar kepada penyakit ini simple. Kau kena ketagih untuk buat duit lebih banyak dari kau belanja. Yang ni kau bijak, kau kaki shopping pun takpaa. Lantaklah ! InsyaAllah selamat. Nak belanja camni 6 bulan sekali boleh je. Janji income kau 15,000 sebulan serious tadahal kalau sekali sekala nak rembat macamni. Kau nak buat duit sehari RM500? Kau tekan LINK KAT BIO
Dih1na rakyat Malaysia, dihargai orang luar
Walaupun sering menunjukan kejayaan dan kekayaan, namun ada yang kurang senang dengan kelakuan Opai yang sentiasa ‘menunjuk’ di media sosial lebih-lebih lagi kerjaya sebagai ‘trader’ sering dipertikai.
Luahan itu turut dibuat oleh Opai menerusi hantaran di laman TikTok miliknya dengan mengatakan dia berasa dihina oleh orang tempatan jika hendak dibandingkan dengan masyarakat luar.
“Dibenci Malaysian, disayangi internasional. Pergi Dubai orang sana hormat kita sebagai trader. Singgah Brunei mereka sambut kita seakan raja. Sampai Malaysia, aduh, aku dihina,”ujarnya.
DIBENCI MALAYSIAN. DISAYANGI INTERNATIONAL ? Pergi Dubai orang sana respect kita sebagai trader. Singgah Brunei mereka sambut kita seakan raja. Sampai Malaysia aduh. Aku dihina ? Siapa yang kena betulkan mindset? Of course rakyat Malaysia ? Oh lupa, aku pergi London macam fenomena orang melayu ajak makan ? TEKAN LINK KAT BIO, takyah sibuk fikir apa orang cakap pasal aku. Kau focus apa ada dalam LINK KAT BIO
Salah pemikiran orang kita…
Opai juga mengatakan penghinaan yang diterima olehnya berlaku disebabkan oleh pemikiran rakyat Malaysia yang memandang rendah akan kerjaya sebagai seorang trader.
“Siapa yang kena betulkan pemikiran? Semestinya rakyat Malaysia,”ujarnya lagi.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Opai juga mengatakan kehadirannya di kota London juga disambut baik seperti ‘orang Melayu ajak makan’.
‘Berambus’ terus…
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai di mana mereka bersetuju dengan pandangan Opai yang mengatakan pemikiran orang Malaysia terhadap bidang ‘trader’ adalah kolot dan kerjaya hina.
Selain itu, ada juga minta Opai untuk terus keluar dari Malaysia sekiranya kurang berasa senang dengan hinaan yang diberikan.
Sumber: TikTok @aliff_awang
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.