Suami berduit? Nadya Syahera dedah rumah tangga dig4nggu ‘peny0ndol’

Selepas beberapa artis berdepan isu sama, pelakon Nadya Syahera mendedahkan rumah tangganya dengan suami, Fizul Nawi turut diganggu orang ketiga.

Menurut laporan Harian Metro, bagaimanapun pelakon berusia 30 tahun itu yakin ‘penyondol‘ tersebut tidak mampu menggantikan tempatnya meskipun melihat suaminya hidup dalam kesenangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NS (@nadyasyahera)

“Mungkin wanita ini nampak suami saya berduit dan memiliki segala-galanya.
“Tapi kalau dia ada di tempat saya, sanggup tak dia bertahan. Saya dah lapan tahun, dia baru nak bersama tiga atau empat bulan, jadi lebih baik tak perlu.
“Lupakan nak ambil laki (suami) kakak. Kalau anda sanggup bertahan macam kakak, saya berani potong jari, pergilah,” katanya.

Pada masa sama, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu turut menasihatkan golongan wanita yang berstatus bujang supaya tidak mengganggu keharmonian rumah tangga pasangan lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NS (@nadyasyahera)

“Saya lihat sekarang ini ramai wanita yang solo, nak cuba pasangan orang. Cuba fikir, kalau anda buat pada seseorang, esok lusa, mungkin benda itu boleh jadi pada anda juga.
“Sebab dunia ini ibarat roda, kalau kita buat orang, esok lusa mungkin kena pada kita. Sekarang ini, saya nampak Allah memang bayar tunai. Kalau awak ambil, boleh rasa bahagia, teruskan.
“Saya dah tahap macam itu sekarang. Kalau anda nak, silakan. Kalau anda boleh bahagia, bahagia itu rezeki anda. Kalau anda tak boleh bahagia dengan cara ini, tak apa Allah beri cara lain,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NS (@nadyasyahera)

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada September 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleena Rose, Mohamad Dayyan dan Muhammad Barr Adam.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri), Instagram Nadya Syahera

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *