Siap dapat bunga, ramai minta Zarina Anjoulie ‘get back’ dengan Zoey Rahman

Tindakan pelakon sensasi, Zarina Anjoulie memuat naik beberapa keping gambar bersama aktor Zoey Rahman mencuri tumpuan ramai pengikut mereka di laman Instagram.

Difahamkan, Zarina atau mesra dengan panggilan Anju menjayakan satu sesi siaran langsung bagi membantu mempromosikan produk kosmetik keluaran aktor tersebut di aplikasi TikTok semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Malah, dia turut mendapat sekuntum bunga mawar daripada Zoey sebagai tanda penghargaan sebelum mereka dilihat keluar makan di sebuah restoran.

“Saya sedang mencari jodoh untuk kawan baik saya @zoeyrahman. What a day, thank u for the rose. Today was a success alhamdulilah thank u ‘bos’ kongsi rezeki dengan saya.
“Kami live meniaga di TikTok live just now! Seronok sangat !!! Thank you followers sudi masuk live kami ye,” tulis pelakon berusia 36 tahun itu.

Walau bagaimanapun, orang ramai berharap Zarina serta aktor berusia 38 tahun itu kembali menjalinkan hubungan istimewa seperti sebelum ini yang tiba-tiba ‘putus’ di tengah jalan.

Malah, netizen mengakui kedua-duanya kelihatan sepadan dan serasi sebagai pasangan kekasih selain mendoakan agar dipertemukan jodoh dan berakhir di jenjang pelamin.

Tolong la dengan Zoey balik

Jujur cakap, korang nampak sepadan

Kahwin je la dengan Zoey tu

Suka tengok!

Namun begitu, Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul berkata, dia kini hanya berkawan baik dan sedang mencari calon isteri untuk aktor berkenaan.

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kecantikan Marissa Dania dipvji net1zen, “Cantik macam mama Abby”

Anak perempuan kedua kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang diberi nama Marissa Dania menar1k …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *