Puteri Sarah Dibenar Mula Prosiding Hin4 Mahkam4h Terhadap Ira Kazar, Keluarga

Pelakon Puteri Sarah memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding mengh1na m4hkamah terhadap madunya Ira Kazar, kakaknya, Yasmin serta bapa mereka yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

Memetik Harian Metro, Ira Kazar serta keluarganya perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata  Hakim Norakhmar Mohd Sani memberikan kebenaran itu ketika pengurusan kes secara dalam talian hari ini.

Susulan kebenaran itu, Akberdin menjelaskan, pihaknya perlu menyerahkan sesalinan permohonan komital berkenaan kepada Ira, Kazar dan Yasmin.

Terdahulu, dalam perintah injuksi diperoleh Puteri sarah pada Julai tahun lalu menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya.

Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya (Puteri Sarah).

Perintah injunksi itu adalah susulan daripada tuntutan saman difailkan Puteri Sarah terhadap madunya pada Jun 2022, atas dakwaan mengganggu kedamaian rumah tangganya.

Sumber : Harian Metro

About admin

Check Also

Farid Kamil kongsi kata-kata – “Jang4n pernah menyes4l dipertemukan dengan..”

Tind4kan aktor dan pengarah, Farid Kamil menyiarkan semula satu kata-kata hikmah daripada @jentikhati menerusi InstaStory menarik perh4tian …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *