Wan Sharmila hadir majlis ilmu, penampilan terkini dipuji peminat

Penampilan pelakon cantikWan Sharmila sememangnya sangat disukai peminat lebih-lebih lagi sejak dia mengambil keputusan untuk berhijab kira-kira empat tahun lalu.

Walaupun dengan imej yang lebih sopan, kehebatan lakonannya tidak dapat disangkal lagi apabila watak Sofi Amylia dalam drama 7 Hari Mencintaiku begitu berkesan buat penonton setia drama tersebut.

Pergi majlis ilmu

Baru-baru ini, pelakon berkenaan telah berkongsi momen sewaktu menghadiri majlis ilmu dengan memakai pakaian serba hitam.

Apa yang membuatkan para peminat begitu kagum adalah penampilannya yang semakin patuh syariah apabila melabuhkan tudung serta memakai pakaian longgar serta melitupi semua aurat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila)

Dia juga dilihat memakai niqab dan berjalan memasuki masjid bagi menyertai majlis ilmu berkenaan. Dia juga meninggalkan kapsyen ringkas berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Bukan orang baik, tapi cuba jadi lebih baik

Menurutnya, dia bukanlah orang yang baik, namun sedang berusaha untuk menjadi lebih baik di kemudian hari.

Semoga terus istiqomah begini

Menjengah ke ruangan komen, para peminatnya begitu gembira melihat pelakon kesayangan mereka ini berpenampilan sopan serta menghadiri majlis ilmu.

Mereka juga mendoakan agar Wan Sharmila terus istiqomah dalam apa yang dilakukan dan tak henti memuji pelakon berkenaan yang terlihat lebih cantik sekarang.

Kagum dengan akak! Cantik sangat

Sejuk mata memandang

Sumber: Instagram Wan Sharmila

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kecantikan Marissa Dania dipvji net1zen, “Cantik macam mama Abby”

Anak perempuan kedua kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang diberi nama Marissa Dania menar1k …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *