Sejak kebelakangan ini nama Fasha Sandha menjadi bualan ramai apabila ada yang mempersoalkan penampilan pelakon itu selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah.
Terbaru, video dimuat naik pelakon itu menjadi perhatian memaparkan dia bersama suaminya, Aidil Aziz menari bagi mempromosikan produk kesihatan dan kecantikan.
View this post on Instagram
Diruangan komen, ada segelintir netizen meluahkan ras akurang senang melihat aksi menari pasangan tersebut serta ada yang mengaitkan pasangan itu baru pulang menunaikan umrah.
Malah, ada netizen meluahkan rasa malu melihat video tersebut meskipun pasangan itu merupakan suaminya adalah lebih baik jika disimpan untuk privasi sendiri.
Dalam pada itu, ada yang terhibur dengan gelagat pasangan tersebut. Tidak kurang juga, ada wanita yang mahu melakukan tarian tersebut bersama suami mereka.
sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.