Lapan tahun DJ Lin jadi m4ngsa sih1r, cara pulih adalah berhenti kerja Suria FM

Penyampai dan penerbit radio Suria FM, DJ Lin tidak patah semangat dalam usaha mempertahankan diri daripada menjadi m4ngsa buatan orang atau sihir selama lapan tahun.

Menurut laporan Majoriti, pemilik nama Roslinda Abdul Majid itu berkongsi bahawa dia kerap mengalami mimpi ngeri seperti ular hitam, jatuh dari tempat tinggi selain mimpi yang individu sama berulang kali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

“Berdasarkan apa yang saya dimaklumkan daripada ustaz yang membuat rawatan, orang ini hatinya telah hitam dan dia nak buat sampai saya mati.
“Satu cara sahaja untuk hentikan ialah dengan berhenti kerja daripada Suria FM. Insya-ALLAH itu sahaja cara untuk saya menjalani kehidupan yang lebih sihat,” katanya.

Bercerita lanjut, DJ Lin mendedahkan dia mengenali individu tersebut tetapi hanya mahu memberi fokus terhadap pengurusan Suria FM berbanding bertentangan mata antara satu sama lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

“Doktor masih lagi memantau tahap kesihatan saya kerana selepas membuat pemeriksaan, doktor mendapat ada bahagian kelenjar yang bengkak.
“Setelah membuat pemeriksaan d4rah dan ultra bunyi, doktor masih belum dapat mengesan apa sebenarnya punca kes4kitan yang saya alami. Tidak dinafikan rasa sakit yang amat sangat itu hanya Tuhan saja yang tahu.
“Saya pernah mengalami suhu badan panas hingga melebihi 40 darjah celsius, migrain yang amat sangat dan rasa s4kit badan yang secara mata kasarnya tidak nampak apa-apa pun,” ujarnya.

Penyampai berusia 47 tahun itu berkata, dia enggan terlalu ‘melayan’ s4kit misteri dihadapi sebaliknya lebih selesa mengalihkan perhatian terhadap perkara-perkara lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

“Badan saya memang lemah dan kalau boleh saya cuba tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu. Nanti apabila difikirkan, kita akan mengalah, itu akan menunjukkan yang kita kalah. Jadi mengapa kita hendak mengalah,” kongsinya.

Sementara itu, dia berharap individu berkenaan menyedari dan melihat semula hasil usaha serta pengorbanan dilakukannya demi mencapai kejayaan pada tahap sekarang.

“Di sebalik kejayaan ini lihat bagaimana saya berkorban dengan menghabiskan berapa jam masa di pejabat. Harap boleh lihat jenis-jenis pengorbanan yang sudah dilakukan sebelum ini.
“Saya mengharap agar masyarakat di luar sana terus mendoakan kesihatan saya kerana masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan,” katanya lagi.

Terdahulu, DJ Lin dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas mengalami bengkak dan benjolan di peha kanannya sehingga berasa tidak selesa untuk bergerak atau berjalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

Sumber: Majoriti (Nurul Fadila Awaludin), Instagram DJ Lin

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kecantikan Marissa Dania dipvji net1zen, “Cantik macam mama Abby”

Anak perempuan kedua kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang diberi nama Marissa Dania menar1k …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *