“Berhabis Lebih RM100,000, Tapi Saya Rasa Puas” – Shiha Zikir

Penyanyi Shiha Zikir berkata dia tidak menjangkakan dapat membawa pulang trofi kemenangan Persembahan Terbaik bersama wang tunai RM12,000 di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) malamt tadi.

Memetik Xtra, Shiha mendedahkan dia berhabis lebih RM100,000 untuk menampilan tema unik dengan elemen limpahan cahaya laser, warna-warna neon serta ‘glow in the dark’.

“Syukur Alhamdulillah. Kalau sebut mengenai undian, memang saya tak jangkakan. Tapi apabila bercakap soal persembahan, saya memang percayakan team saya dengan idea dan konsep serta pelaksanaan persembahan sehingga Irama menjadi kenyataan.

“Saya berhabis lebih RM100,000 dan elemen yang paling mahal dalam persembahan saya adalah lampu laser. Syarikat saya, Shiha Zikir Empire, Todak Music dan Alternate Record membahagikan kos ini.

“Biarpun pasti ada yang katakan pelaburan lebih RM100,000 tak setimpal dengan hadiah kemenangan bernilai RM12,000 tapi saya rasa puas kerana ini adalah minat saya,” katanya.

Mengulas mengenai ada yang mempertikaikan persembahan ‘terbalik’ Naim Daniel lebih layak diangkat sebagai persembahan terbaik, Shiha berkata setiap orang ada pendapat mereka masing-masing.

“Saya sendiri kagum dengan persembahan Naim. Sewaktu dia praktis ketika sesi latihan, saya cakap, gempaknya persembahan dia! Nak menyanyi sambil terbalik bukan mudah, lebih-lebih lagi menyampaikan lagu balada.

“Saya tak nak komen mengenai kata-kata negatif yang mempersoalkan kemenangan Irama. Saya faham masing-masing ada pendapat tersendiri, tak semua orang ada pemikiran yang sama,” katanya.

sumber : Xtra

 

About admin

Check Also

Kecantikan Marissa Dania dipvji net1zen, “Cantik macam mama Abby”

Anak perempuan kedua kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang diberi nama Marissa Dania menar1k …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *