Kisah rumah tangga pasangan selebrti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof tidak asing lagi di kalangan warganet lebih-lebih lagi ia melibatkan kehadiran ‘orang ketiga’, Ira Kazar.
Keadaan bertambah panas apabila Syamsul mengakui anak pelakon senior Kazar Saisi adalah isteri keduanya yang sah di sisi undang-undang pada awal Januari lalu.
Walaupun Puteri Sarah tekad memfailkan penceraian dan perintah injuksi diberikan, ternyata ia belum boleh meredakan ‘g4ngguan’ daripada pihak ‘sana’ dipercayai keluarga Ira Kazar sendiri.
Malah, Puteri Sarah sendiri mendedahkan individu dipercayai ‘abang’ kepada madunya membuat tuduhan dia menggunakan duit suami dan bapa mentua untuk membayar peguam. Tuduhan itu termasuk jugalah mengatakan kemewahan dimiliki oleh Puteri Sarah adalah ‘ditaja’ bapa mentua.
Pun begitu, aktres berusia 38 tahun itu menyangkal dakwaan tersebut dan tegas mengatakan ia adalah hasil titik peluh bekerja sehingga mengorbankan waktu tidur.

“Tokyo 2023,”tulisnya.
View this post on Instagram
Patutlah sebelah sana panas, tak boleh keluar bercuti…
Seperti biasa, perkongsian Puteri Sarah setiap kali timbulnya isu pasti dihujani dengan komen warganet.
Rata-rata di kalangan mereka berpendapat sering berkongsi momen bercuti di luar negara adalah punca sebenar ‘pihak sana’ tidak senang duduk sehingga timbulnya tohm4han tidak benar.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.