Saya setuju bayar ansuran kepada balu arw4h dengan duit sendiri – Ali Puteh

Pelawak Ali Puteh akan membayar sam4n berjumlah RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali seperti diperintahkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini secara ansuran.

Menurut laporan Harian Metro, Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mengulas berhubung luahan Hidayah yang menuntut bayaran ganti rugi tersebut menerusi satu posting di laman Instagram semalam.

Pihak sana tolong buat bayaran!

 

“Saya sudah memberitahu peguam bahawa saya bersetuju membuat bayaran ansuran kepada balu arw4h dengan duit saya sendiri.
“Peguam saya juga sudah menghantar surat mengenai perkara itu kepada peguam balu arw4h tetapi pihak mereka masih belum memberi maklum balas berkaitan bayaran ansuran itu,” kata Ali.

Malah pelawak berusia 34 tahun itu berkata, dia juga tidak boleh menyerahkan kunci rumah Allahyarham Abam Bocey kepada Hidayah kerana kediaman tersebut masih dalam kes tuntutan faraid.

“Hidayah yang menguruskan tuntutan faraid membabitkan pembahagian harta arw4h dan ia masih belum selesai,” ujarnya lagi.

Sementara itu, dia turut menafikan dakwaan balu Allahyarham itu yang mengatakan rumah berkenaan dalam keadaan terbiar sehingga dipenuhi semak samun.

Tambah Ali, adiknya dipertanggungjawab bagi menjaga atau tinggal di rumah tersebut buat sementara waktu sehingga selesai urusan tuntutan faraid.

“Saya kesal bila dia membuat hantaran video dan memburukkan nama saya dan keluarga. Sudah tiga tahun arw4h Abam meninggal dunia dan baru sekarang dia datang nak tengok keadaan rumah?” katanya.
“Dia datang ke rumah Abam dengan dua kereta bersama peguam secara mengejut dan tidak memaklumkan perkara itu kepada saya mahupun peguam.
“Rumah tidak berkunci pun dan dia datang pada hari kami keluar bekerja dan mendakwa kami tidak melayannya? Sedangkan rumah kakak saya hanya di belakang rumah itu,” kongsinya.

Terdahulu, Hidayah menggesa pelawak terbabit melunaskan bayaran RM60,000 itu selain mendakwa kedatangannya bersama peguam tidak diendahkan walaupun berulang kali memberi salam.

Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal), Instagram Hidayah Hamzah

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *