Kau cakap bekas isteri aku s3ksi, cuba ‘google’ gambar sendiri dulu – Khazrul

Bekas tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Ezley meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan aktres tersebut yang telah membuka ‘cerita dalam kain’ mengenai dirinya kepada umum.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan Khazrul sedang meluahkan perasannya itu kepada umum melalui TikTok storynya.

@afieragoes Tak habis lagi lah ?? #zarinaanjoulie ♬ original sound – Afierariana Agoes

Dalam video yang berdurasi hampir empat minit itu, Khazrul turut mengulas mengenai isu bekas isterinya yang dikatakan berpenampilan s3ksi dan meminta agar Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju ‘cerminkan’ dirinya sendiri.

“Aku tak perlukan publisiti murahan ye. Kau tolong sabar sikit perkara ini orang cucuk kau. Kau sendiri yang mengadu kat netizen. Gunakan akal lah. Tak payah nak cerita pada dalam kain pada umum.
“Kau kata bekas isteri aku s3ksi, s3ksi ke babe? Okay tak mengapa s3ksi. Cuba kau tengok diri kau sendiri, cuba google tengok gambar kau sendiri. Kat situ pun ku tahu macam mana,” katanya.

Bukan itu sahaja, dia turut berharap agar Anju tidak menjadikan dirinya sebagai konten atau buah mulut netizen susulan apa yang terjadi terhadap hubungan mereka.

Mana tidaknya, Khazrul memaklumkan dia sudah sedaya upaya memujuk Anju untuk berbincang mengenai kemelut yang berlakru namun, mesej dan panggilan tidak disambut baik oleh pelakon tersebut.

“Cuba lah kau rileks, bertenang. Aku dah mesej, telefon tapi kau tak balas, tak jawab. Aku rasa tak dihargai jadi aku diam lah. Tapi kau sebok membebel suruh jumpa keluarga.
“Dengan keadaan kau macam ini macam mana aku nak jumpa, macam mana kita nak bimcang. Alu sendiri dah minta izin dengan daddy nak jumpa kau, minta aturkan. Kau boleh sabar tak?
“Kau jangan lah buat video-video meroyan macam ini, tolong lah jaga maruah sendiri, jaga maruah diri aku. Aku belum kahwin dengan kau, baru je tunang,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Khazrul berharap dia dapat menyelesaikan masalah dengan Anju secara profesional dengan hanya melibatkan keluarga mereka sahaja.

Sumber: TikTok @afieragoes

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Makin Banyak Cakap, Takvt Tersel4k Kain Sendiri” – Sharnaaz Ahmad Tak Akan Tarik Diri Dari Sebarang Filem Arahan Syamsul Yusof

Pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi media sosial Twitter ada diges4 sesetengah individu yang menyuruhnya menarik diri daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *