Terasa pantas masa berlalu, hari ini genaplah tiga tahun pemergian pelawak terkenal Abam Bocey meninggalkan kita semua ke negeri abadi. Selepas pemergiaannya, banyak kisah kita dengari antara pihak isterinya iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali bersama adiknya, Ali Puteh.
Malah, persengketaan antara Siti Norhidayah atau mesra disapa Dayah dan Ali yang juga pelawak dibawa ke muka pengadilan m4hkamah sehingga ke hari ini.
Hidayah kecew4 tak dibenarkan masuk ke rumah
Terbaharu, balu kepada Abam meluahkan kekecewaan terhadap tindakan yang dilakukan oleh ‘pihak sana’ sewaktu berkunjung ke rumah peninggalan arw4h suaminya.
Isteri kepada pelawak terkenal, Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali meluahkan kekecewaan sewaktu berkunjung ke rumah peninggalan arw4h suaminya.
Menerusi hantaran di aplikasi TikTok, Hidayah memaklumkan dia berkunjung ke rumah peninggalan arw4h bersama peguamnya. Namun, kehadiran mereka ke rumah berkenaan seakan tidak alu-alukan apabila ‘pihak sana’ tidak membuka pintu meskipun sudah sejam menunggu.
@hidayah_hamzah Hari ini Genab 3 tahun arwah Suami tinggalkan Kami Al-fatihah Syed Umar Mokhtar.. Abg syg dtg Rumah Kita tapiiiii..korg tolong Viralkan video ni ? sedih sgt2 #hidayahabamviral #videoviral #tolongviralkan #viral ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama
Apa yang membuatkan dirinya bertambah sedih apabila jelas kelihatan kasut, motorsikal dan kereta penghuni namun tiada siapa yang menyahut salam atau keluar bersemuka.
Apa yang membuatkan dirinya bertambah sedih apabila jelas kelihatan kasut, motorsikal dan kereta penghuni namun tiada siapa yang menyahut salam atau keluar bersemuka.
Tolong bayar RM60,000 dan serah kunci rumah
Ibu tunggal kepada seorang anak ini juga sempat merakam bukti kereta yang dipandu seseorang memasuki ke kawasan rumah berkenaan.
Dalam pada itu, Hidayah meminta orang ramai untuk menilai sendiri layanan yang diberikan oleh pihak sana selain meminta untuk menularkan video tersebut.
“Korang sendiri tengok, mereka memang tak bagi Dayah masuk rumah kami. Tengok mereka masuk ke dalam rumah tu dan korang nilaikanlah sendiri,”ujarnya.
Sementara itu, Hidayah meminta pihak sana untuk segera membuat bayaran sebanyak RM60,000 serta menyerahkan kunci rumah seperti diperintahkan mahkamah dengan segera.
Terdahulu, adik kepada arw4h Abam Bocey, Ali Puteh gagal rayuan sam4n fitn4h dan diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk kekal membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya itu.
Perkara itu diputuskan selepas pihak mahkamah menolak rayuan Ali Puteh untuk mengetepikan perintah M4hkamah Sesyen, 10 bulan lalu yang mengarahkannya membayar ganti rugi tersebut.
Kontroversi bermula apabila Norhidayah memfailkan saman keseluruhan berjumlah RM900,000 terhadap Ali Puteh sekeluarga, antara lain menuduh bekas adik iparnya itu mengambil harta Abam dan harta anak yatim.
Nor Hidayah juga memfailkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya. Dalam pada itu, Ali memfailkan saman fitn4h terhadap Norhidayah dan Aliff Syukri pada 27 Ogos 2020.
Sekadar info, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang juga abang Ali Puteh meninggal dunia pada 10 Februari 2020.
Sumber: TikTok @hidayah_hamzah
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.