Ada ke dia tanya bil api, air selama 3 tahun kita jaga rumah – Ali Puteh

Sejak beberapa hari ini, kecoh di media sosial konflik yang berlaku di antara balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali bersama adik iparnya, Ali Puteh didakwa telah meninggalkan ‘sesuatu’ selepas hadir ke rumah arw4h suaminya pada Jumaat lalu.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan Ali Puteh sedang membuat siaran secara langsung bersama dengan dua orang pengamal perubatan islam di aplikasi tersebut.

@rakyat_bulan Kena skolah dh #fyp #foryou #foryourpage #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – #rakyatbulan

Dalam perkongsian tersebut, Ali menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk membuat video mengenai perkara terbabit namun, pihak balu Abam yang telah memulakan fitnah tersebut kepada umum.

“Saya tak berniat tau nak buat video itu semalam, tapi pihak sana yang naikkan video fitn4h itu dulu. Dia yang naikkan dulu kat TikTok dia kata dia datang ke rumah, tak ada orang bagi masuk, tak ada orang buka pintu, sejam depan pintu rumah.
“Tok saya tak duduk di situ, yang jaga rumah tu adik saya yang kecik. Kami tiga beradik je tinggal. Belakang rumah arw4h Abam itu rumah kakak saya,” katanya.

Bukan itu sahaja, pelawak yang berusia 33 tahun itu memaklumkan pada hari kejadian, Hidayah tidak memberitahu kepadanya untuk hadir ke rumah tersebut bahkan, dia tidak ada di rumah kerana berada di tempat kerja.

Malah, dia meluahkan rasa terkilan apabila Hidayah memuat naik video tersebut dengan mendedahkan keadaan rumah yang tidak terurus walhal mereka akan potong rumput pada setiap bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

“Semalam saya kerja Tok, hari Jumaat saya tak ada kat rumah. Datang pula tak beritahu nak datang, kalau esok datang hari minggu, mesti kami ada di rumah Tok.
“Lepas itu dia buat video kat TikTok, ini keadaan rumah, lusuh, rumput panjang. Tok, arwah Abam dah meninggal tiga tahun genap semalam. Kalau rumah tak berjaga, dah bertutup dengan sawang rumah tu.
“Rumput itu kami potong setiap bulan. Ada ke dia tanya bill api ke, bill air sepanjang tiga tahun yang kita jaga rumah itu. Tapi bila dia buat video TikTok macam itu dan upload video kepada orang, orang datangkan maki dan benci kepada saya,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan telah menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 yang dipercayai akibat demam panas.

Sumber: TikTok @rakyat_bulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Perempuan Ni M4ki Mak Aku Sebab Bu4ng Gambar Jesvs” – Adik Afiq Muiz

Sejak semalam hang4t diperkatakan mengenai kemelvt rumah tangga pelakon Afiq Muiz dan isterinya, Pachara Apin apabila kedua-duanya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *