Zoey Rahman beri kata semangat, doakan Anju jumpa pasangan yang baik

Gosip berkenaan hubungan Zarina Anjoulie dengan tunangnya Datuk Seri Khazrul Elzey yang didakwa putus telah menjadi perhatian ramai apabila masing-masing memuat naik luahan di media sosial.

Walaupun punca sebenar hubungan mereka bermasalah tidak dijelaskan dengan tepat, namun Khazrul ada mengatakan perihal aurat menjadi punca pertelagahan antara mereka.

Anju juga memohon maaf kepada semua dan meminta sedikit ruang untuk bertenang dan menyelesaikan masalah yang dihadapi selepas percintaan mereka berlangsung begitu cepat.

Zoey mesej Anju

Dalam pada itu, pelakon yang kini terlibat dalam bidang perniagaan, Zoey Rahman telah menitipkan kata-kata semangat kepada Anju melihat temannya sedang dilanda masalah.

Merujuk kepada laporan xtra, Anju telah berkongsi tangkapan layar mesej yang dikirim Zoey kepadanya dengan mendoakan agar Anju dipertemukan dengan pasangan yang baik suatu masa nanti.

“Hi Anju, harap awak bersabar dengan dugaan. InsyaAllah satu hari nanti awak dapat cari yang lebih baik lagi,” tulis Zoey ringkas.

Pernah digosipkan dekat

Terdahulu, pelakon filem Hantu Kuat Ketawa itu pernah digosipkan dekat dengan Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman sebelum ini namun hubungan mereka senyap begitu sahaja.

Untuk rekod, Anju dan Khazrul telah menjalani tempoh bertunang lebih kurang dua minggu sebelum pelakon tersebut memadam semua momen-momen bahagia yang mereka kongsikan bersama di media sosial.

Sumber: xtra (Fatin Nurain)

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *