Kegugvran tahun lalu, Elvina Mohamad umum hamil cahaya mata kedua

Pelakon Datin Elvina Mohamad berkongsi berita gembira dengan mengumumkan kehamilan cahaya mata kedua melalui sebuah posting di laman Instagram miliknya.

Menerusi posting tersebut, pelakon berusia 28 tahun itu memuat naik sekeping gambar ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun bersama keluarga kecilnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELVINA MOHAMAD ? (@elvinamohamad)

“Kami tak sabar untuk berjumpa ahli keluarga baharu tidak lama lagi! #babynumberTWO (bayi nombor dua). Karl (anak pertama) akan menjadi abang,” tulisnya sebentar tadi.

Gambar berkenaan memaparkan suaminya Datuk Haniff Borhan dan anak mereka, Karl Mateen memegang bahagian perut pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu yang menampakkan bentuk ‘baby bump’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut meluahkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah selain mendoakan Elvina dipermudahkan segala urusan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELVINA MOHAMAD ? (@elvinamohamad)

Alhamdulillah tahniah!

Moga dipermudahkan semuanya

Tahun lalu, Elvina reda apabila hasrat untuk menimang anak kedua tidak kesampaian selepas mengalami keguguran ketika kandungan memasuki usia tiga bulan.

Untuk rekod, dia dan suami mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan putera sulung tersebut yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Instagram Elvina Mohamad

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *