Penyanyi Bad Indigo sekali lagi berkongsi ‘sipi-sipi’ wajah seorang wanita dipercayai kekasihnya di laman Instagram bagi membuktikan bahawa individu tersebut wujud dan bukan imaginasi semata-mata.
Menerusi sebuah hantaran, Bad atau nama penuhnya Badrul Izhan Yeop Abdullah memuat naik video daripada wanita digelar ‘RDM’ itu yang meluahkan rasa rindu terhadap dirinya.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, wajah kekasihnya itu ditutupi dengan emoji ‘love’ manakala suara juga disunting sehingga kedengaran sedikit berbeza berbanding rakaman asal.
“Hai assalammualaikum bi (baby), Badrul Izhan kekasih hatiku. I dekat Popular (kedai buku) ni nak cari buku. I rindu you bi. Muahhh,” kata wanita terbabit.
Dalam hantaran sama, penyanyi berusia 48 tahun itu membalas di ruangan kapsyen dengan menyatakan bahawa dia turut merindui kekasihnya selain mendoakan hubungan mereka terlindung dari sebarang fitn4h.
View this post on Instagram
“Miss u too #RDM?. Semoga Allah perlihara hubungan kita ini & lindungi dari fitn4h dan h4sutan. U are very special n rare for accepting me as I am. Tq so much. Love u,” tulisnya.
Terdahulu, segelintir pengikut menuduh ahli kumpulan Indigo itu ‘syok sendiri’ atau sekadar berilusi kerana tidak mendedahkan wajah serta identiti wanita yang memakai hijab itu.
Untuk rekod, Bad berkahwin dengan rakan seperjuangan dari program Gegar Vagazana musim ke-7 (GV7) iaitu Ashira Aziz pada 11 Mac 2021 namun mengumumkan perpisahan pada Jun tahun lalu.
Sumber: Instagram Badrul Izhan
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.