Syafiq Yusof timang anak ketiga, ibu luah syukur kini miliki lapan cucu

Isteri kepada pengarah terkenal Syafiq Yusof iaitu Aisyeah Zainal selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka di sebuah pusat perubatan kira-kira jam 8.18 pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Syafiq, 31, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram dengan memuat naik beberapa keping gambar wajah anak lelaki pertamanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiq Yusof (@fiq000s)

Berdasarkan kapsyen, Syafiq yang juga adik kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof meluahkan kesyukuran atas kurniaan zuriat itu selain memperkenal nama bayinya sebagai Muhamad Nu’Aiman.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Anak ketiga, lelaki pertama. Muhamad Nu’Aiman bin Muhamad Syafiq,” tulis pengarah drama bersiri Special Force: Anarchy itu.

Meninjau di ruangan komen, ibu Syafiq iaitu Datin Patimah Ismail berkongsi rasa syukur atas kelahiran cucu kelapan itu selain rakan artis yang turut tumpang gembira serta meninggalkan ucapan tahniah.

Syukur alhamdulillah

Comelnya ‘baby’…

Tahniah Syafiq dan isteri!

Untuk rekod, Syafiq yang juga anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam serta isterinya mendirikan rumah tangga pada 5 April 2014 dan dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nuur Jannah, 7, dan Nuur Nusaybah, 5.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiq Yusof (@fiq000s)

Sumber: Instagram Syafiq Yusof
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *