Perempuan tak pernah sal4h, tapi boleh ke tunjuk aurat pada semua – Khazrul

Bekas tunang pelakon Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey masih meluahkan perasaan mengenai hubungan mereka yang dilanda kemelut sejak hujung minggu lalu.

Menerusi TikTok Story miliknya, dia yang juga ahli perniagaan dilihat membalas beberapa komen netizen yang meminta supaya memujuk Zarina atau mesra dengan panggilan Anju sekali gus kembali menjalinkan hubungan cinta.

Walau bagaimanapun, Khazrul seolah-olah menolak untuk kembali bersama pelakon berusia 36 tahun itu kerana menyifatkan dia  bukan lelaki terbaik dan mempunyai banyak kekurangan.

“Kalau dia kata dah putus, saya reda”

“Tak nak lah saya tak ok untuk dia. Saya tak mampu menjaga perasaan dia. Takpelah kalau dia kata dah putus saya reda. Saya banyak kekurangan,” tulisnya menerusi sebuah perkongsian semalam.

Pada masa sama, dia turut mempersoalkan tentang aurat dipercayai berkaitan dengan cara pemakaian Zarina namun tidak dapat dipastikan adakah ia menjadi salah satu punca hubungan mereka menjadi dingin.

Malah, Khazrul juga meminta pelakon filem Hantu Kuat Ketawa itu agar menjaga aurat dengan sebaiknya selepas dikatakan terkejut apabila melihat penampilan seksi pelakon tersebut.

“Boleh ke tunjuk aurat pada semua orang?”

“Kenapa Anju macam tu, tolong lah jaga aurat”

Sementara itu, dia turut mengulas kenyataan Zarina yang meminta tidak dijadikan sebagai bahan konten di media sosial selepas disuruh netizen untuk memujuk pelakon terbabit.

Tak suka kena amar4n

“Ya tapi ‘diwarning’ saya. Saya tak suka orang warning-warning saya. Dia cakap saya buat konten guna gambar dia? Dah gambar saya dengan dia nak buat macam mana?,” katanya.

Terdahulu, Khazrul seolah-olah mengesahkan bahawa ikatan pertunangan yang berlangsung pada bulan lalu sudah terlerai di tengah jalan walaupun telah menempah baju perkahwinan.

Sumber: TikTok Khazrul Elzey

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *