Pelakon Zarina Anjoulie berpendapat memakai tudung semata-mata tidak menunjukkan seseorang telah berubah sepenuhnya malah, perlu membetulkan akidah untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia memohon maaf kepada umum ketika membuat siaran secara langsung di aplikasi tersebut kerana dia tidak mahu berubah demi memuaskan hati manusia.
@chaatwin32 Setuju sgt dgn anju ..jgn sbb dah jd tunang dlm semua benda ko nak kene ubah dlm 1 masa..slow² la bg masa,buat bkn tpksa tp kerana Allah .tu brr btul..bgus cara nasihat .tp bg masa utk anju slowly berubah #fypシ゚viral #viraltiktok #masukberandafypシ ♬ original sound – ?????? ????????
“Bukan kalau aku pakai tudung aku jadi ustazah. Berubah ni kau penuhkan solat lima waktu dulu, betulkan akhlak, ubah cara bertutur, hormat orang. Bukannya pakai tudung semata-mata tapi mengaji, solat kelaut.
“Minta maaf la saya tak nak berubah setakat tunjuk kat sosial media aku pakai tudung, tak nak..aku tak nak menipu. Berubah ni bukan sekadar nak tunjuk kat sosial media. Itu bukan cara Anju,” ujarnya.
Jelasnya lagi, menghebahkan perubahan di media sosial bukanlah caranya dan menegaskan seseorang perlu menghindari maksiat jika benar-benar mahu berubah.
Bahkan, pelakon yang berusia 35 tahun itu turut memaklumkan dia mahu berubah dengan kaedah yang betul kerana enggan untuk menjadi seorang yang hip0krit.
“Nak berubah jangan buat maksiat, jangan keluar pergi kelab malam. Itu definisi Anju berubah. kita warnakan rambut hitam, berhenti hisap rok0k.
“Jadi kalau orang nampak saya tak berubah lagi tak mengapa, saya nak berubah cara betul, penuhkan solat, pergi mengaji, jadi anak yang baik. Lepas itu kalau Allah bukakan hati Anju nak pakai tudung ye itu baru betul. Saya tak nak jadi hipokrit.
Terdahulu, bekas tunang Anju iaitu Datuk Seri Khazrul Ezley meluahkan perasaan malu terhadap penampilan aktres yang terlalu s3ksi dan berharap agar Anju menutup aurat dengan sempurna kelak.
Sumber: TikTok @chaatwin32
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.