Amyra Rosli kena sc4m! Bayar lebih RM240k, rumah ibu ayah masih terbengkalai

Pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila menjadi mangsa 1ipu oleh sebuah syarikat pereka dalaman yang sepatutnya bertanggungjawab menyiapkan renovasi rumah orang tuanya.

Dah bayar lebih RM240,000, sabar tunggu hampir setahun

Amyra atau nama sebenarnya, Nur Amira Izzati Rosli mendedahkan sudah membuat pembayaran lebih RM240,000 kepada syarikat berkenaan, namun sehingga kini masih tiada sebarang perkembangan positif mengenainya.

“Saya gunakan khidmat pereka dalaman dari sebuah syarikat ** ini, kononnya dapat memudahkan dan mencantikkan rumah mama ayah saya.
“Selepas membuat bayaran lebih RM240,000 dan hampir setahun kami menunggu dan sabar dengan segala alasan dari mereka,”luahnya.

Dahlah tak siap, rumah makin ros4k!

Bukan setakat tiada perubahan positif, malah keadaan bangunan rumah tersebut juga dikatakan semakin teruk ‘dikerjakan’.

“Inilah hasil yang saya dapat …semakin rosak bangunan rumah mama ayah,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Ramai terkena, betul-betul aniaya orang…

Dalam hantaran sama, Amyra yang juga isteri kepada pelakon Amar Bahrin menceritakan sudah ramai orang turut menjadi m4ngsa pen1puan oleh syarikat berkenaan.

 

“Banyak juga saya dengar, ramai yang terkena dengan mereka, ambil projek banyak dan dibiarkan terbengkalai.
“Astaghafirullahazim, berani betul aniaya orang di dunia,”ujarnya.

Pun begitu, Amyra pasrah dan reda dengan nasib yang diterimanya, serta menganggap ada hikmah terjadi disebalik segalanya.

“Tidak mengapalah, kita serahkan semua pada Allah, itu yang terbaik saya rasa. Dunia pun dah tenat, tak lama dah pun korang boleh ‘kencing’ orang sana sini.
“Dan sekarang saya perlu mula dari garisan permulaan dek kerana penipuan mereka. Sedih tapi alhamdulillah, mungkin ini ada hikmah disebaliknya,”luahnya.

Akhir hantaran, Amyra menitipkan kata-kata semangat dan berjanji akan berusaha menyiapkan renovasi rumah ibu bapanya secepat mungkin.

Sumber: Instagram @aamyrarosli

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *